fbpx

[BM] EV & Malaysia

Kebimbangan jarak tahap 9999!!

Mungkin pengecasan akan lebih laju, mungkin.

EV (kenderaan elektrik) di Malaysia masih agak baharu kerana masih ramai yang memilih kenderaan enjin pembakaran dalaman tradisional. Tetapi saya rasa ini bukan kerana EV tidak ‘berdaya maju’ atau ‘gempak’ tetapi lebih kepada kemampuan dan infrastruktur sokongan (terutamanya stesen pengecasan dan pakar EV). Dengan insentif kerajaan baru-baru ini untuk menggalakkan rakyat membeli EV, ia mungkin mengubah keadaan sedia ada. Dalam Bajet 2022, kerajaan mengumumkan EV akan BEBAS CUKAI! Anda mungkin terkejut dan berkata, apakah tangkapannya? Tidak ada, sekurang-kurangnya tidak ada yang saya tahu. Dalam pengumuman Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beliau berkata kerajaan menyedari potensi EV dan untuk menyokongnya, kerajaan mencadangkan EV dikecualikan daripada duti import, duti eksais dan cukai jualan. Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan melihat potensi EV dalam membantu mengurangkan pencemaran udara di Malaysia.

Lebih faedah?

Elektrik > Dinasour

Faedah memberli EV tidak berhenti di situ, pengumuman itu turut mengemukakan cadangan pengecualian cukai jalan untuk EV dan pelepasan cukai pendapatan RM2500. Perlu diingatkan bahawa kebanyakan daripada ini adalah cadangan dan mungkin akan terdapat perubahan di masa kelak. Bagi kereta yang dipasang di luar negara (CBU) pengecualian duti akan berlangsung sehingga penghujung tahun 2023 manakala kereta pemasangan tempatan (CKD) sehingga 2025. Ini adalah untuk membantu memulakan kedua-dua sektor untuk membawa masuk EV pada awalnya dan seterusnya menyediakan Malaysia untuk memasang secara tempatan. Mari kita berharap untuk yang terbaik dan jikalau boleh dapat Tesla tanpa cukai sememangnya menakjubkan. Dengan banyak syarikat baharu yang membuat EV pada semua segmen dari seluruh dunia, rakyat Malaysia boleh melihat landskap baharu kereta tidak lama lagi. Sungguh mengujakan!

Hi EV-ians?

Ini adalah artikel pertama dalam Bahasa Melayu di laman sesawang ini, saya harap ia adalah artikel yang memuaskan serta pendek. Adakah anda teruja untuk EV di Malaysia? Adakah anda fikir rakyat Malaysia akan menggunakan EV dengan pantas atau adakah kita akan berpegang kepada Wira(s), Saga(s) dan Myvi(s) kesayangan kita buat masa ini? Beritahu kami pendapat anda di ruang komen bawah dan pastikan ia bersih (macam EV) kawan-kawan 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *