[BM] Kenderaan Elektrik apa yang dijual di Malaysia?

Honda Global | Honda e
Comel kan?

Honda E

Honda E adalah reka bentuk imbau kembali Civic generasi pertama dari tahun 70-an. Honda E mungkin nampak comel, tetapi terdapat banyak teknologi serta ciri-ciri yang unik. Dengan 3 skrin besar pada papan pemuka untuk semua keperluan anda dan output kuasa antara 100 atau 113kW (134 atau 152hp) kereta kompak ini boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 8.3 saat. Untuk kategori kereta kecil, yang beratnya sekitar 1500kg, ianya cukup memadai. Satu-satunya kelemahan Honda E ialah jarak terhadnya, sekitar 220 km (140 bt) seperti yang dilaporkan oleh Honda. Berbanding dengan purata 400-500km seperti yang dilihat pada EV mewah lain masa kini, Honda E agak terhad.

Dipasarkan sebagai kereta bandar dan bukanya untuk perjalanan jauh, purata jarak rendah itu mungkin tidak menjadi masalah bagi kebanyakan orang. Bercakap tentang masalah, harga yang tinggi (RM210k) adalah agak tinggi untuk kereta kompak dengan jarak terhad, tetapi pastinya berbaloi jika anda bertanya kepada saya :D.

P.S.: Kami rakyat Malaysia tidak biasa menggunakan kereta bandar kami untuk bandar je :D, kami membawanya ke mana-mana (dari bandar sampai ke kampung, atau estet).

Tesla

Anda boleh mendapatkan Teslas terpakai di Malaysia dengan harga termurah sekitar RM 360k untuk Tesla Model 3. Harga Tesla Model S adalah sekitar RM300k hingga RM 400k di pasaran terpakai yang kebanyakannya terdiri daripada kereta recond. Model X pula hampir mencecah RM800k. Ini adalah harga yang agak tinggi untuk Tesla. Walaupun selalunya kereta ini tidak memerlukan pengenalan, kami berharap untuk melihat Tesla secara rasmi memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan memanfaatkan inisiatif bebas cukai kerajaan.

Porsche

Kejuruteraan Jerman.

Porsche Malaysia sudah pun menjual Porsche Taycan di Malaysia. Dengan harga permulaan dari RM 725k, sudah tentu ia mampu dimiliki oleh kebanyakan golongan elit (kayangan?, helang?) di Malaysia. Walau bagaimanapun, dengan harga bebas cukai, ia boleh jadi serendah RM 468k. Menarik bagi ramai golongan elit di Malaysia.

BMW

The iX Keep me informed
BMW iX
BMW I4 EV Details Revealed In New Video | MotorBiscuit - Todayuknews
BMW iX3
BMW i4

Jenama kereta mewah kegemaran Malaysia. Barisan kereta elektrik BMW agak menarik, dengan reka bentuk yang agak ‘funky’ lagi futuristik. BMW siri i yang terdiri daripada iX, i4 dan iX3 boleh didapati di Malaysia. Dengan harga permulaan RM435k, iX, SUV elektrik dengan jarak pemanduan jauh akan dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia. Khabar angin mengatakan i4 akan dilancarkan pada tahun 2022. Akhirnya ialah iX3, SUV elektrik berasaskan BMW X3 dengan harga sekitar RM 317k dan RM354k. iX3 juga mempunyai jarak antara 453 dan 461km. Jangkakan harga bebas cukai rendah sedikit.

New Mini Cooper Electric car UNVEILED - Affordable EV price, specs, range  and release date | Express.co.uk
Tengok mak! Tiada petrol.

Mini

Mini, adik Inggeris kepada mesin pemanduan terbaik (ultimate driving machine @BMW), Mini kini menjual Mini Cooper SE pada harga sekitar RM213k. Tanpa cukai dan duti, ia boleh menjadi lebih rendah dengan angaran sekitar RM 160k. Walau bagaimanapun, jarak untuk kereta bandar ini kira-kira 200km menjadikannya kurang sesuai untuk perjalanan jauh (iaitu tanpa perancangan pemanduan yang teliti).

The All-New Nissan Leaf
Nampak macam daun je.

Nissan Leaf

Kereta ini telah lama wujud. Salah satu pelancaran pertama kenderaan elektrik di Malaysia. Ia kini merupakan EV termurah pada RM 181k. Tanpa cukai dan duti, anggaran harga RM 145k boleh dicapai. Walau bagaimanapun, jarak pemanduan Nissan Leaf generasi ini adalah sekitar 200km, menjadikannya kurang sesuai untuk perjalanan jauh ‘balik kampung’ anda.

Bagaimana pula dengan motosikal elektrik?

NQi Series | NIU Electric Scooter
Niu Scooters comel sungguh.

Niu Scooters

Jangan lupa bahawa EV (atau kenderaan elektrik) bukan sahaja bermaksud kereta. Malaysia sudah terbiasa dengan kenderaan kapchai (moped) dan kenderaan CC kecil, justeru menjadikan skuter Niu sebagai pilihan yang mampu bersaing bagi mereka yang mencari skuter komuter yang comel dan lincah untuk menggantikan ‘kapchai’ mereka. Niu NQi mempunyai 3 varian, lite, sport dan pro. Semuanya dengan kelajuan tertinggi 45 km/j dengan jarak yang berbeza. Jarak terendah yang dilaporkan oleh Niu ialah 55km (lite) dan jarak maksimum 155km (Pro). Ini menjadikannya sangat menarik bagi kebanyakan orang dengan moped kerana mereka biasanya melakukan perjalanan jarak dekat.

Masih berminat?

EV (kenderaan elektrik) sudah pasti ada dan akan datang ke Malaysia. Kita mungkin agak ketinggalan dalam menerima teknologi terbaru dan terbaik, tetapi saya pasti kita akan melihat perubahan dalam beberapa tahun. Beritahu juga kami pendapat anda tentang EV di Malaysia dalam ruang komen di bawah. Ingat gais, keep it clean! (macam EV :D). Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cukai dan duti, baca artikel pertama kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *